Total Pageviews

Sunday 10 July 2011

Torres yang suruh


Penyerang Liverpool, Suarez memberitahu bahawa Fernando Torres meyakinkan beliau supaya berpindah ke Anfield apabila mereka berbincang dalam beberapa hari terakhir semasa jendela perpindahan Januari lepas sebelum pemain Sepanyol itu sendiri berpindah ke Chelsea.
 
Suarez memberitahu beliau rasa "gementar" selepas menyelesaikan perpindahan £22.8 jutanya ke  Anfield. "Ada begitu ramai orang yang memerhatikan anda."
 
"Anda merasakan tekanan kerana jumlah yang kelab bayar untuk anda tapi saya cuba mengharunginya dengan setenang yang boleh, untuk tidak memikirkan orang menyaksikan saya," katanya.
 
Namun Torres, yang sedang  berusaha meninggalkan Anfield ketika itu, dilihat telah memberikan sumbangan kepada peningkatan Suarez walaupun beliau pada mulanya dijangka digandingkan dengan pemain Uruguay tersebut.
 
"Beliau mengarahkan saya menjadi pemain yang serupa seperti diri sendiri, jangan cuba untuk mengubahnya, bahawa Liverpool pasukan yang hebat dan mereka akan banyak membantu saya. Yang benar, nasihat beliau memang amat bantu dan beliau tidak salah; beliau memang betul."

impikan Barcelona


Luis Suarez mengakui yang dia sering mengimpikan bermain untuk Barcelona, namun menegaskan dia komited bersama Liverpool buat masa ini.
 
Dia juga mempunyai kaitan langsung dengan juara Sepanyol ketika ejennya adalah Pere Guardiola, abang kepada bos Barca, Pep. 
 
Suarez berkata, "Sebelum mengenali Pere, saya ada impian untuk bermain dengan Barcelona." 
 
"Jelas sekali dia berkaitan dengan Barcelona melalui adiknya tetapi ini isu kerja, sama sekali berbeza dengan hal-hal yang peribadi." 
 
"Jika Pep Guardiola mahukan saya, dia pastinya mahu saya bebas daripada kelab yang diwakili. Namun kini, Liverpool kelab yang mana saya bermain."

city dapatkan clichy


Gäel Clichy telah menandatangani kontrak lima tahun bersama gaji mingguan £90,000 di  Manchester City – dua tahun selepas mendakwa pemain yang 'hanya memikirkan tentang wang mungkin akhirnya berada di Manchester City'.
 
Clichy, pembelian £7 juta dari Arsenal, memulakan latihan bersama rakan sepasukan barunya di City, bersama bekas rakan seperjuangan di Arsenal, Emmanuel Adebayor, yang perpindahannya ke Eastlands Clichy telah dikritik pada Julai 2009.
 
Clichy ketika itu memberitahu: “Saya sangat yakin jika anda pemain yang hanya memikirkan tentang wang, maka anda akhirnya menyertai di Manchester City."
 
Clichy, 25, menegaskan beliau berpindah ke kerana mahu memenangi kejohanan selepas enam tahun tanpa trofi di Arsenal. Beliau berkata: “Saya sertai  City kerana saya mahu memenangi banyak kejuaraan.
 
“Arsenal bermula dengan baik musim lepas dan prestasi merosot selepas perlawanan akhir Piala Carlingl.”

mungkin dipenjara


Alex Song telah dituduh membelasah seorang pelajar di sebuah bar Afrika – dan berdepan dipenjara.
 
Bintang tengah Arsenal berusia 23 tahun itu telah didakwa memukul sehingga berdarah ketika bercuti di bandar asalnya Douala di Cameroon bulan lalu.
 
Song tidak ditangkap dan tidak perlu hadir di perbicaraan mahkamah pada 18 Ogos. Namun jika didapati bersalah, dia mungkin berdepan dua tahun penjara.
 
Song menegaskan dia tidak menyentuh pelajar itu dalam satu pergaduhan lewat malam di bar pada 7 Jun.
 
Namun Ludovic Achille Mouaha memberitahu mahkamah: "Saya sedang bersama teman wanita saya. Dia pergi ke bilik air namun apabila dia tak pulang selepas 15 minit saya pergi melihat jika ada apa-apa yang terjadi."
 
"Dua pengawal halang laluan saya dan beritahu saya tak boleh gunakannya kerana Alex Song ada di dalam."
 
"Dia kemudian keluar dan kelihatan marah. Saya akhirnya dicampak di longkang dan kemudian dihantar ke hospital."
 
Wakil Song memberitahu hakim: "Beberapa peminat minta autografnya termasuk seorang wanita muda."
 
"Plaintif mulakan pergaduhan dan pengawal Alex bertindak. Namun tiada satu ketika Alex sentuh plaintif."

sasaran Fulham


Pengurus baru Fulham, Martin Jol merancang menyambar dua pemain daripada bekas kelab, Tottenham untuk membeli Jermain Defoe dan Jermaine Jenas. 
 
Berusia 55 tahun, Jol mengambil alih di Craven Cottage pada Jun berikutan pemergian Mark Hughes, dia dijangka mengintai kelab lamanya ketika dia kelihatan mahu mengukuhkan skuad Fulham. 
 
Defoe dan Jenas diyakini menjadi sasaran utama Jol musim panas ini, dengan Fulham memerlukan striker tambahan di tengah-tengah pertempuran mereka bagi membantu Clint Dempsey. 
 
Midfielder, Zoltan Gera yang bakal keluar juga bakal melihat satu lagi jurang untuk diisi Jol, jadi minat untuk Jenas dilihat sesuai dengan kepentingan kelab. 
 
Defore tidak merahsiakan rasa tidak puas hatinya di White Hart Lane, yang mana dia gagal mendapatkan semula tempat dalam skuad utama Harry Redknapp secara tetap selepas bergelut untuk cergas pada awal musim ini.
 
Jol mempunyai bajet untuk memperbaiki skuadnya hanya beberapa hari selepas menyertai kelab, katanya kepada media bahawa dia dan Pengerusi Mohamed Al Fayed 'mempunyai perbualan yang baik mengenai pemain, yang mana kami boleh cuba mengukuhkan dan mendapatkan satu atau dua pemain yang berkualiti'.

bior jela


Roberto Mancini mahu  Carlos Tevez meninggalkan Manchester City seberapa segera yang boleh.
 
City kini semakin jelak dengan saga Tevez yang bermula setahun yang lalu dan Mancini yang sudah menyampah tidak akan berjuang untuk mempertahankan kaptennya seperti mana yang pernah beliau lakukan pada Disember lepas.
 
Sebaliknya, pengurus Mancini mahu kelab membeli penggantinya dengan seberapa segera dan menyediakan dana untuk skuad City diperkasakan bagi mencabar kejuaraan liga dan Liga Juara-juara.
 
Dengan harga £50 juta dan gaji Tevez £250,000 seminggu, ia tidak akan menjadi tugas mudah.
 
Namun bidaan dijangka akan muncul dari salah sebuah kelab Milan untuk membawa penyerang Argentina itu ke Serie A.
 
Tevez, 27, bertemu pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak minggu ini untuk menjelaskan sebab kenapa beliau mahu pergi dengan menegaskan beliau amat merindui anak-anaknya.
 
Namun Khaldoon tidak merayu beliau untuk terus kekal dan kelab diyakini telah merancang untuk menjualnya.

west ham sasarkan joe cole


West Ham sedang mengkaji tawaran bercita-cita tinggi bagi  membawa Joe Cole kembali ke Upton Park.
 
Pengurus, Sam Allardyce berminat merekrut lebih pemain Liga Perdana yang berkualiti dalam usaha membuat kepulangan segera ke saingan tertinggi.
 
Namun, West Ham hanya akan mampu membuat tawaran pinjaman dan memerlukan Liverpool memberi subsidi besar untuk bekas pemain kebangsaan England yang menerima gaji £100,000 seminggu.
 
Cole, 29, mahu berjuang untuk tempatnya di Liverpool tetapi mempunyai musim pertama yang buruk akibat kecederaan dan bergelut dalam menyerlahkan dirinya bagi pelan skuad utama pasukan Kenny Dalglish.
 
Keadaannya diburukkan lagi dengan kehadiran Jordan Henderson dan Charlie Adam manakala Stewart Downing dijangka mengikuti jejak mereka dari Aston Villa.
 
Cole, yang turut disebut bakal menjadi pemberat bagi potensi pembelian Downing, mungkin memilih untuk menunggu sehingga lewat musim panas sebelum bercakap dengan West Ham tetapi mereka berminat untuk mendapatkannya bagi menaikkan semangat para peminat menjelang musim baru.
 
Kepulangan Cole ke kelab yang ditinggalkannya pada 2003 akan memberi dorongan kepada pasukan untuk kembali ke Liga Perdana.