Total Pageviews

Sunday 10 July 2011

bior jela


Roberto Mancini mahu  Carlos Tevez meninggalkan Manchester City seberapa segera yang boleh.
 
City kini semakin jelak dengan saga Tevez yang bermula setahun yang lalu dan Mancini yang sudah menyampah tidak akan berjuang untuk mempertahankan kaptennya seperti mana yang pernah beliau lakukan pada Disember lepas.
 
Sebaliknya, pengurus Mancini mahu kelab membeli penggantinya dengan seberapa segera dan menyediakan dana untuk skuad City diperkasakan bagi mencabar kejuaraan liga dan Liga Juara-juara.
 
Dengan harga £50 juta dan gaji Tevez £250,000 seminggu, ia tidak akan menjadi tugas mudah.
 
Namun bidaan dijangka akan muncul dari salah sebuah kelab Milan untuk membawa penyerang Argentina itu ke Serie A.
 
Tevez, 27, bertemu pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak minggu ini untuk menjelaskan sebab kenapa beliau mahu pergi dengan menegaskan beliau amat merindui anak-anaknya.
 
Namun Khaldoon tidak merayu beliau untuk terus kekal dan kelab diyakini telah merancang untuk menjualnya.

No comments:

Post a Comment