Total Pageviews

Sunday 10 July 2011

west ham sasarkan joe cole


West Ham sedang mengkaji tawaran bercita-cita tinggi bagi  membawa Joe Cole kembali ke Upton Park.
 
Pengurus, Sam Allardyce berminat merekrut lebih pemain Liga Perdana yang berkualiti dalam usaha membuat kepulangan segera ke saingan tertinggi.
 
Namun, West Ham hanya akan mampu membuat tawaran pinjaman dan memerlukan Liverpool memberi subsidi besar untuk bekas pemain kebangsaan England yang menerima gaji £100,000 seminggu.
 
Cole, 29, mahu berjuang untuk tempatnya di Liverpool tetapi mempunyai musim pertama yang buruk akibat kecederaan dan bergelut dalam menyerlahkan dirinya bagi pelan skuad utama pasukan Kenny Dalglish.
 
Keadaannya diburukkan lagi dengan kehadiran Jordan Henderson dan Charlie Adam manakala Stewart Downing dijangka mengikuti jejak mereka dari Aston Villa.
 
Cole, yang turut disebut bakal menjadi pemberat bagi potensi pembelian Downing, mungkin memilih untuk menunggu sehingga lewat musim panas sebelum bercakap dengan West Ham tetapi mereka berminat untuk mendapatkannya bagi menaikkan semangat para peminat menjelang musim baru.
 
Kepulangan Cole ke kelab yang ditinggalkannya pada 2003 akan memberi dorongan kepada pasukan untuk kembali ke Liga Perdana.

No comments:

Post a Comment