Total Pageviews

Sunday 10 July 2011

mungkin dipenjara


Alex Song telah dituduh membelasah seorang pelajar di sebuah bar Afrika – dan berdepan dipenjara.
 
Bintang tengah Arsenal berusia 23 tahun itu telah didakwa memukul sehingga berdarah ketika bercuti di bandar asalnya Douala di Cameroon bulan lalu.
 
Song tidak ditangkap dan tidak perlu hadir di perbicaraan mahkamah pada 18 Ogos. Namun jika didapati bersalah, dia mungkin berdepan dua tahun penjara.
 
Song menegaskan dia tidak menyentuh pelajar itu dalam satu pergaduhan lewat malam di bar pada 7 Jun.
 
Namun Ludovic Achille Mouaha memberitahu mahkamah: "Saya sedang bersama teman wanita saya. Dia pergi ke bilik air namun apabila dia tak pulang selepas 15 minit saya pergi melihat jika ada apa-apa yang terjadi."
 
"Dua pengawal halang laluan saya dan beritahu saya tak boleh gunakannya kerana Alex Song ada di dalam."
 
"Dia kemudian keluar dan kelihatan marah. Saya akhirnya dicampak di longkang dan kemudian dihantar ke hospital."
 
Wakil Song memberitahu hakim: "Beberapa peminat minta autografnya termasuk seorang wanita muda."
 
"Plaintif mulakan pergaduhan dan pengawal Alex bertindak. Namun tiada satu ketika Alex sentuh plaintif."

No comments:

Post a Comment