Total Pageviews

Sunday 10 July 2011

Dapatkan saya : Benzema


Arsene Wenger akan melancarkan tawaran £27 juta untuk striker Real Madrid, Karim Benzema dalam usaha bagi mengimbangi potensi pemergian bintang Arsenal, Cesc Fabregas dan Samir Nasri.
 
Fabregas semakin menghampiri perpindahan £34 juta ke Barcelona manakala Manchester City diyakini telah memenangi pembelian Nasri dengan harga £19 juta setelah berjaya mendapatkan Gael Clichy dari The Emirates pada harga £7 juta.
 
Benzema menjadi sasaran Wenger bagi membantu Arsenal melupakan pemergian kedua-dua midfielder mereka tidak lama lagi dan dia bersedia memecahkan rekod perpindahan kelab untuk melakukannya.
 
Bos Arsenal sedar ketiadaan Fabregas dan Nasri akan menjejaskan semangat penyokong, walaupun dia akan membuat satu percubaan terakhir bagi mengekalkan Nasri dengan tawaran kontrak £100,000 seminggu.
 
Arsenal dijangka mengumumkan pembelian £10.7 juta striker Lille iaitu Gervinho pada hari Jumaat. Pemain berusia 24 tahun itu telah lulus ujian medikal pada hari Rabu, namun pengesahan pembelian ditangguhkan akibat masalah kecil pada kertas kerja.
 
Namun, Wenger masih berminat untuk satu lagi pembelian striker lain bagi menggalas peranan menjaringkan gol yang diperlukan akibat kecederaan Robin van Persie.

No comments:

Post a Comment