Total Pageviews

Sunday 10 July 2011

Torres yang suruh


Penyerang Liverpool, Suarez memberitahu bahawa Fernando Torres meyakinkan beliau supaya berpindah ke Anfield apabila mereka berbincang dalam beberapa hari terakhir semasa jendela perpindahan Januari lepas sebelum pemain Sepanyol itu sendiri berpindah ke Chelsea.
 
Suarez memberitahu beliau rasa "gementar" selepas menyelesaikan perpindahan £22.8 jutanya ke  Anfield. "Ada begitu ramai orang yang memerhatikan anda."
 
"Anda merasakan tekanan kerana jumlah yang kelab bayar untuk anda tapi saya cuba mengharunginya dengan setenang yang boleh, untuk tidak memikirkan orang menyaksikan saya," katanya.
 
Namun Torres, yang sedang  berusaha meninggalkan Anfield ketika itu, dilihat telah memberikan sumbangan kepada peningkatan Suarez walaupun beliau pada mulanya dijangka digandingkan dengan pemain Uruguay tersebut.
 
"Beliau mengarahkan saya menjadi pemain yang serupa seperti diri sendiri, jangan cuba untuk mengubahnya, bahawa Liverpool pasukan yang hebat dan mereka akan banyak membantu saya. Yang benar, nasihat beliau memang amat bantu dan beliau tidak salah; beliau memang betul."

impikan Barcelona


Luis Suarez mengakui yang dia sering mengimpikan bermain untuk Barcelona, namun menegaskan dia komited bersama Liverpool buat masa ini.
 
Dia juga mempunyai kaitan langsung dengan juara Sepanyol ketika ejennya adalah Pere Guardiola, abang kepada bos Barca, Pep. 
 
Suarez berkata, "Sebelum mengenali Pere, saya ada impian untuk bermain dengan Barcelona." 
 
"Jelas sekali dia berkaitan dengan Barcelona melalui adiknya tetapi ini isu kerja, sama sekali berbeza dengan hal-hal yang peribadi." 
 
"Jika Pep Guardiola mahukan saya, dia pastinya mahu saya bebas daripada kelab yang diwakili. Namun kini, Liverpool kelab yang mana saya bermain."

city dapatkan clichy


Gäel Clichy telah menandatangani kontrak lima tahun bersama gaji mingguan £90,000 di  Manchester City – dua tahun selepas mendakwa pemain yang 'hanya memikirkan tentang wang mungkin akhirnya berada di Manchester City'.
 
Clichy, pembelian £7 juta dari Arsenal, memulakan latihan bersama rakan sepasukan barunya di City, bersama bekas rakan seperjuangan di Arsenal, Emmanuel Adebayor, yang perpindahannya ke Eastlands Clichy telah dikritik pada Julai 2009.
 
Clichy ketika itu memberitahu: “Saya sangat yakin jika anda pemain yang hanya memikirkan tentang wang, maka anda akhirnya menyertai di Manchester City."
 
Clichy, 25, menegaskan beliau berpindah ke kerana mahu memenangi kejohanan selepas enam tahun tanpa trofi di Arsenal. Beliau berkata: “Saya sertai  City kerana saya mahu memenangi banyak kejuaraan.
 
“Arsenal bermula dengan baik musim lepas dan prestasi merosot selepas perlawanan akhir Piala Carlingl.”

mungkin dipenjara


Alex Song telah dituduh membelasah seorang pelajar di sebuah bar Afrika – dan berdepan dipenjara.
 
Bintang tengah Arsenal berusia 23 tahun itu telah didakwa memukul sehingga berdarah ketika bercuti di bandar asalnya Douala di Cameroon bulan lalu.
 
Song tidak ditangkap dan tidak perlu hadir di perbicaraan mahkamah pada 18 Ogos. Namun jika didapati bersalah, dia mungkin berdepan dua tahun penjara.
 
Song menegaskan dia tidak menyentuh pelajar itu dalam satu pergaduhan lewat malam di bar pada 7 Jun.
 
Namun Ludovic Achille Mouaha memberitahu mahkamah: "Saya sedang bersama teman wanita saya. Dia pergi ke bilik air namun apabila dia tak pulang selepas 15 minit saya pergi melihat jika ada apa-apa yang terjadi."
 
"Dua pengawal halang laluan saya dan beritahu saya tak boleh gunakannya kerana Alex Song ada di dalam."
 
"Dia kemudian keluar dan kelihatan marah. Saya akhirnya dicampak di longkang dan kemudian dihantar ke hospital."
 
Wakil Song memberitahu hakim: "Beberapa peminat minta autografnya termasuk seorang wanita muda."
 
"Plaintif mulakan pergaduhan dan pengawal Alex bertindak. Namun tiada satu ketika Alex sentuh plaintif."

sasaran Fulham


Pengurus baru Fulham, Martin Jol merancang menyambar dua pemain daripada bekas kelab, Tottenham untuk membeli Jermain Defoe dan Jermaine Jenas. 
 
Berusia 55 tahun, Jol mengambil alih di Craven Cottage pada Jun berikutan pemergian Mark Hughes, dia dijangka mengintai kelab lamanya ketika dia kelihatan mahu mengukuhkan skuad Fulham. 
 
Defoe dan Jenas diyakini menjadi sasaran utama Jol musim panas ini, dengan Fulham memerlukan striker tambahan di tengah-tengah pertempuran mereka bagi membantu Clint Dempsey. 
 
Midfielder, Zoltan Gera yang bakal keluar juga bakal melihat satu lagi jurang untuk diisi Jol, jadi minat untuk Jenas dilihat sesuai dengan kepentingan kelab. 
 
Defore tidak merahsiakan rasa tidak puas hatinya di White Hart Lane, yang mana dia gagal mendapatkan semula tempat dalam skuad utama Harry Redknapp secara tetap selepas bergelut untuk cergas pada awal musim ini.
 
Jol mempunyai bajet untuk memperbaiki skuadnya hanya beberapa hari selepas menyertai kelab, katanya kepada media bahawa dia dan Pengerusi Mohamed Al Fayed 'mempunyai perbualan yang baik mengenai pemain, yang mana kami boleh cuba mengukuhkan dan mendapatkan satu atau dua pemain yang berkualiti'.

bior jela


Roberto Mancini mahu  Carlos Tevez meninggalkan Manchester City seberapa segera yang boleh.
 
City kini semakin jelak dengan saga Tevez yang bermula setahun yang lalu dan Mancini yang sudah menyampah tidak akan berjuang untuk mempertahankan kaptennya seperti mana yang pernah beliau lakukan pada Disember lepas.
 
Sebaliknya, pengurus Mancini mahu kelab membeli penggantinya dengan seberapa segera dan menyediakan dana untuk skuad City diperkasakan bagi mencabar kejuaraan liga dan Liga Juara-juara.
 
Dengan harga £50 juta dan gaji Tevez £250,000 seminggu, ia tidak akan menjadi tugas mudah.
 
Namun bidaan dijangka akan muncul dari salah sebuah kelab Milan untuk membawa penyerang Argentina itu ke Serie A.
 
Tevez, 27, bertemu pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak minggu ini untuk menjelaskan sebab kenapa beliau mahu pergi dengan menegaskan beliau amat merindui anak-anaknya.
 
Namun Khaldoon tidak merayu beliau untuk terus kekal dan kelab diyakini telah merancang untuk menjualnya.

west ham sasarkan joe cole


West Ham sedang mengkaji tawaran bercita-cita tinggi bagi  membawa Joe Cole kembali ke Upton Park.
 
Pengurus, Sam Allardyce berminat merekrut lebih pemain Liga Perdana yang berkualiti dalam usaha membuat kepulangan segera ke saingan tertinggi.
 
Namun, West Ham hanya akan mampu membuat tawaran pinjaman dan memerlukan Liverpool memberi subsidi besar untuk bekas pemain kebangsaan England yang menerima gaji £100,000 seminggu.
 
Cole, 29, mahu berjuang untuk tempatnya di Liverpool tetapi mempunyai musim pertama yang buruk akibat kecederaan dan bergelut dalam menyerlahkan dirinya bagi pelan skuad utama pasukan Kenny Dalglish.
 
Keadaannya diburukkan lagi dengan kehadiran Jordan Henderson dan Charlie Adam manakala Stewart Downing dijangka mengikuti jejak mereka dari Aston Villa.
 
Cole, yang turut disebut bakal menjadi pemberat bagi potensi pembelian Downing, mungkin memilih untuk menunggu sehingga lewat musim panas sebelum bercakap dengan West Ham tetapi mereka berminat untuk mendapatkannya bagi menaikkan semangat para peminat menjelang musim baru.
 
Kepulangan Cole ke kelab yang ditinggalkannya pada 2003 akan memberi dorongan kepada pasukan untuk kembali ke Liga Perdana.

aguero sasaran city


Manchester City dalam perundingan dengan wakil Sergio Aguero mengenai perpindahan £35 juta.
 
Pengurus Eastlands, Roberto Mancini melihat penyerang Atletico Madrid itu sebagai pengganti yang sesuai untuk kapten kelab yang mahu pergi, Carlos Tevez.
 
Mancini mahu memenangi Liga Perdana Inggeris selain dari membuat pencapaian terbaik di Liga Juara-juara musim baru ini selepas menduduki tempat ketiga dan menang Piala FA musim lepas.
 
Beliau telah pun membeli duo defensif Gael Clichy dari Arsenal dan Stefan Savic dari Partizan Belgrade, masing-masing berharga £7 juta dan Gunners menghampiri penyelesaian pembelian midfielders Gunners, Samir Nasri dengan harga £20 juta.
 
Bintang Montenegro, Savic, 20, bermain menentang England semasa seri tanpa jaringan di perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah 2012 tahun lepas.
 
Beliau berkata: "Saya berdepan Shaun Wright-Phillips ketika itu dan beliau sangat licik. Saya tak pernah bayangkan akan menjadi rakan sepasukan dalam masa setahun dan saya begitu gembira berada di kelab ini."

Tunggu je


Catalans memberitahu Arsenal yang mereka sedia berjuang hingga hari terakhir jendela perpindahan dan menyingkirkan minat Real Madrid yang dilihat sebagai 'pembuat kacau'.
 
Barcelona dikatakan bersedia sehingga tarikh akhir perpindahan sekiranya perlu untuk menyelesaikan perpindahan Cesc Fabregas, menggambarkan akan tiada tawaran yang dipertingkatkan sebelum pemain itu menjalani jelajah pra-musim Arsenal di Asia.
 
Naib presiden kelab, Josep Bartomeu dan pengarah sukan, Andoni Zubizarreta, memberitahu mereka tidak menetapkan tarikh akhir ketibaan Fabregas meskipun dengan kemungkinan tawaran balas dari Real Madrid dan hakikat bahawa pemain ini dijangka akan pergi ke Asia hari Ahad ini.
 
Bartomeu berkata: "Pengalaman sejak beberapa tahun lepas dan musim lepas menunjukkan kami akan tekad menunggu hingga minit terakhir sebelum musim bermula [untuk membeli pemain]. Kami membuat pembelian amat lewat musim lepas. Kami ada pasukan terbaik di dunia jadi kami boleh sabar menunggu. Tak perlu tergesa-gesa, kami akan menunggu hingga detik akhir."
 
Barca membeli Javier Mascherano pada 30 Ogos tahun lepas dan dengan beliau kini menjadi pemain utama skuad bersama bintang Sepanyol berusia 19 tahun yang menyerlah di Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun, Thiago Alcantara, mereka tidak perlu berasa terdesak untuk memperkuatkan bahagian midfield yang mengandungi trio pilihan utama, Andres Iniesta, Xavi Hernandez dan Sergi Busquets, jika  Fabregas tidak kunjung tiba.

Nasri minat ke United


amir Nasri pulang ke Arsenal untuk sedia memberitahu Arsene Wenger bahawa beliau mahu berpindah ke Manchester United selepas menyedari juara Liga Perdana Inggeris itu mengemukakan tawaran £20 juta dua minggu yang lalu.
 
Walaupun Nasri kekal menjadi subjek perhatian dari  Manchester City dan Chelsea, selain dari  Real Madrid, Inter Milan dan AC Milan, United difahamkan berada di kedudukan paling kukuh untuk membeli midfielder Perancis ini selepas mengemukakan tawaran bertulis £20 juta dua minggu yang lalu.
 
United terus menantikan reaksi dari Arsenal yang telah memilih untuk tidak mengumumkan tawaran tersebut tapi pendirian mereka bakal dijelaskan selepas perbincangan di antara  Nasri dan Wenger disudahkan apabila pemain berusia 24 tahun itu kembali melapor diri di the Emirates selepas percutian musim panasnya.
 
Arsenal berdepan kehilangan Nasri secara sia-sia jika beliau menamatkan baki 12 bulan dalam kontraknya dan terus menolak tawaran kontrak baru.
 
Namun walaupun implikasi mengekalkan pemain hingga akhir kontraknya seperti yang dialami Arsenal apabila kehilangan midfielder Mathieu Flamini ke AC Milan pada tahun 2008, Wenger berazam untuk menghalang Nasri dari meninggalkan the Emirates untuk musuh domestik seperti United.

Adam ke Liverpool


Pembelian terbaru, Charlie Adam teruja untuk membantu membawa trofi kembali ke Anfield selepas menyelesaikan perpindahannya ke Liverpool.

Pemain berusia 25 tahun itu merupakan sasaran perpindahan Kenny Dalglish sejak saat dia mengambil alih kelab daripada Roy Hodgson pada awal Januari.

Selepas dua tawaran gagal dalam jendela itu, The Reds kembali dengan tawaran diperbaiki awal minggu ini, dipercayai sekitar £7 juta dengan kemungkinan tambahan lain. Setelah ujian medikal selesai tanpa sebarang masalah, Adam akhirnya menandatangani kontrak jangka panjang.

Dengan terma menarik, pemain antarabangsa Scotland itu nyata teruja untuk menyertai latihan pra-musim dan mula melihat bagaimana dia boleh membantu menyumbang kepada pasukan dalam memenangi piala yang tidak mereka julang sejak Piala FA 2006.

"Saya amat gembira berada di sini," katanya.

"Ini merupakan proses yang panjang, namun kini saya tak sabar untuk memulakannya dan diharapkan bakal menjadi tempoh yang berjaya bagi karier saya dan juga di dalam sejarah kelab itu.

Dapatkan saya : Benzema


Arsene Wenger akan melancarkan tawaran £27 juta untuk striker Real Madrid, Karim Benzema dalam usaha bagi mengimbangi potensi pemergian bintang Arsenal, Cesc Fabregas dan Samir Nasri.
 
Fabregas semakin menghampiri perpindahan £34 juta ke Barcelona manakala Manchester City diyakini telah memenangi pembelian Nasri dengan harga £19 juta setelah berjaya mendapatkan Gael Clichy dari The Emirates pada harga £7 juta.
 
Benzema menjadi sasaran Wenger bagi membantu Arsenal melupakan pemergian kedua-dua midfielder mereka tidak lama lagi dan dia bersedia memecahkan rekod perpindahan kelab untuk melakukannya.
 
Bos Arsenal sedar ketiadaan Fabregas dan Nasri akan menjejaskan semangat penyokong, walaupun dia akan membuat satu percubaan terakhir bagi mengekalkan Nasri dengan tawaran kontrak £100,000 seminggu.
 
Arsenal dijangka mengumumkan pembelian £10.7 juta striker Lille iaitu Gervinho pada hari Jumaat. Pemain berusia 24 tahun itu telah lulus ujian medikal pada hari Rabu, namun pengesahan pembelian ditangguhkan akibat masalah kecil pada kertas kerja.
 
Namun, Wenger masih berminat untuk satu lagi pembelian striker lain bagi menggalas peranan menjaringkan gol yang diperlukan akibat kecederaan Robin van Persie.

Wednesday 22 June 2011

Adakah ini akan menjadi kenyataan..??

Di mana dia akan bermain...??adakah dia akan menjadi simpanan atau membentuk gandingan yang lebih mantap di bahagian midfield bersama Xavi dan Iniesta..??

Lepaskan atau kekalkan..??

Bintang crotia ini berminat untuk ke chelsea..
Adakah ia sesuatu pelaburan terbaik Chelsea atau akan menjadi sia-sia sepeti Andry Shevchenko dan Fenando Torres sekarang ini semakin malap..??

Tuesday 21 June 2011

Henderson di Anfield

Mengapakah Liverpool snggup berbelanja besar demi pemain berbakat England ini...
Apakah bliau dapat membentuk keserasian bersama Steven Gerrard di bahagian midfielder..??

Diarra setuju ke United..??

Lassana Diarra kini dalam perjalanan berpindah ke Manchester United, namun itu boleh menjadi berita buruk bagi Park Ji-Sung.
 
Pemain antarabangsa Perancis, Diarra telah diberitahu dia boleh meninggalkan Real Madrid ketika jurulatih, Jose Mourinho melihat midfielder itu sebagai pemain skuad musim depan.
 
Bos United, Sir Alex Ferguson melihat pemain berusia 26 tahun itu dengan pandangan berbeza dan merancang menawarkan peluang kembali ke Liga Perdana.
 
United akan menghadapi persaingan dari Juventus, manakala Real juga dikhabarkan merancang menawarkan Diarra ke Spurs sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran pemain selain wang tunai untuk Sandro.
 
Ketibaan seorang lagi midfielder di Old Trafford boleh membawa kepada pemergian Park, walaupun status warga Korea itu sebagai kegemaran peminat United dan antara pemain yang paling diyakini Ferguson.
 
Dia kini berusia 30 tahun dan Red Devils mungkin melihat pada wang tunai, dengan Sevilla dan Atletico Madrid dikhabarkan berminat.
 
Menurut laporan, pegawai Atletico mempertimbangkan meminta Park untuk dimasukkan ke dalam perjanjian yang akan membawa penjaga gol, David De Gea ke Old Trafford.